HALAMAN UTAMA

MAKLUMAN TERKINI


ISTIADAT KONVOKESYEN KALI KE-11


22 - 25 Oktober 2016

(Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana

Muda dan Diploma)

Dewan Ilmu, Pauh Putra


SENARAI SEMAK GRADUAN
    1. 

Sahkan kehadiran melalui http://econvo.unimap.edu.my dari 9 September  - 10 Oktober 2016

2.

Melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan melalui http://graduan.mohe.gov.my/v/ - bermula dari 9 September 2016                  

(Slip Kajian Pengesanan Graduan perlu dicetak dan diserahkan di kaunter Alumni pada hari pengambilan pakaian konvokesyen)

3.
Melengkapkan Borang E-Alumni UniMAP di http://ealumni.unimap.edu.my. (Borang e-Alumni perlu dicetak dan diserahkan di kaunter Alumni pada hari pengambilan pakaian konvokesyen)
   4.    

Membuat bayaran yuran konvokesyen. BIL KONVOKESYEN boleh dicetak di http://econvo.unimap.edu.my.

Bayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Muamalat Berhad. Satu slip bayaran yuran konvokesyen perlu dipos kepada Jabatan Bendahari sebelum 30 September 2016.Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Perlis, d/a Bangunan TNB (Lama), Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis.

5.

Pengambilan Pakaian Konvokesyen 19-21 Oktober 2016. Sila bawa kad matrik/kad pengenalan dan slip bayaran yuran konvokesyen.

6.

Hadir ke sesi taklimat graduan pada 20 Oktober 2016, 8.45 malam di Dewan Ilmu, Pauh Putra.

7.
Membaca dan memahami Panduan Konvokesyen dan etika berpakaian bagi graduan dan ibu bapa/tetamu graduan di laman web ini.
8.
Lapor diri pada Marsyal bertugas pada pukul 7.30 pagi untuk sidang pagi dan 1.40 petang untuk sidang petang.


** BORANG KEBENARAN WAKIL MENGAMBIL PAKAIAN KONVOKESYEN (BORANG)

Seorang wakil hanya dibenarkan untuk mengambil dua (2) set  pakaian konvokesyen sahaja termasuk untuk dirinya. Hanya borang yang lengkap diisi dan disertakan dengan Slip Bayaran Yuran Konvokesyen, Slip Kajian Pengesanan Graduan dan Borang Ealumni sahaja yang akan diproses.







 

Last Updated on Monday, 19 September 2016 11:35
 

Who's Online

We have 4 guests online